Wednesday, March 11, 2009

Bengkel Siri Perangi Dakyah Islam Liberal (Siri 1)

Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL) Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan Bengkel Siri Perangi Dakyah Islam Liberal (Siri 1) bagi menangani serangan pemikiran yang dibawa oleh pendukung Islam Liberal di Malaysia yang nampaknya sangat membimbangkan. Bengkel ini bertujuan mendedahkan kepada umum bahaya kesesatan fahaman Islam Liberal kepada kesucian Islam dan bagaimana menangkis segala fitnah dan tomahan Islam Liberal terhadap Islam itu sendiri.
Butir-butir program adalah seperti berikut:

Program: Bengkel Siri Perangi Dakyah Islam Liberal (Siri 1)
Tarikh: 15 Mac 2009 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Seminar 1, Masjid Jamek Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
Yuran: RM10
Pembentang:
1. Abu Saif al-Mahshari (Setiausaha PUMPP):
“Sejarah, Perkembangan dan Agenda Islam Liberal di Malaysia”
2.
Dr Wan Salim Wan Mohd Nor (Ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang):
“Antara Ijtihad Islam dan Islam Liberal”
3.
Dr Fadhlullah Jamel (Pakar Sejarah, Pusat Pengajian Jarak Jauh USM):
“Perkembangan Terkini Islam Liberal di Malaysia”
4.
Dr Muhammad Azizan Sabjan (Penyelaras Sekretariat Falsafah dan Sains Islam @ SEFSI, USM): “Pluralisme Agama”
5.
Ustaz Mohd Hafiz Nordin (Pengerusi Badan Anti-IFC @ BADAI):
“Agenda Bertindak ABABIL”
Penyertaan perlu disertakan butir-butir berikut:
Nama:
No. Kad Pengenalan:
No. Telefon:
Emel (jika ada):
Dan hantarkan ke akucahaya@gmail. com (emel) atau 013-4025770 (SMS) atau 04-3980527 (telefon/faks/ SMS). Tarikh tutup ialah 14 Mac 2009 (Sabtu).
Sebarkan kepada semua.
Terima Kasih.
Ahli PAS dijemput menyertai dan memahami isu umat yang amat penting ini.

Sunday, January 11, 2009

Sunday, December 14, 2008

Kenyataan Media DPPPP berkaitan isu i-Dance

Pemuda PAS Pulau Pinang bantah program i-Dance
PULAU PINANG, 13 Dis (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang melancarkan piket secara aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus selepas solat Jumaat semalam bagi mendesak Exco Belia dan Sukan Negeri, Lydia Ong agar membatalkan cadangan memperkenalkan i-Dance kepada golongan remaja. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dalam kenyataannya menegaskan, program tersebut dilihat tidak relevan kerana ia memperkenalkan budaya yang nyata boleh merosakkan akhlak remaja masa kini. "Kami meminta ia dibatalkan segera. Jika tidak kami akan mengadakan bantahan dengan sejumlah orang yang lebih besar datang," tegasnya.
Kenyataan Yusni itu turut mempersoalkan beberapa perkara, antaranya: Langkah Kerajaan Negeri itu dilihat menimbulkan beberapa persoalan, seperti adakah kempen ini usaha terbaik dalam konteks Malaysia sedangkan kita mempunyai seribu satu warisan kebudayaan yang jauh lebih tertib dan sopan? Adakah pihak berwajib mempunyai rekod atau bukti kejayaan aktiviti seumpama itu sebagai 'pillot test' sebelum dilaksanakan di negeri ini walhal kebejatan sosial dalam kalangan remaja acap kali dikaitkan dengan budaya popular dan hiburan. Selain itu, adakah mampu i-Dance membantu perkembangan minda kumpulan sasaran kerana 'core-bisiness' remaja dan pelajar adalah mengejar ilmu dan akademik? Persoalan juga timbul tentang sejauh manakah pihak berwajib boleh memberi jaminan bahawa operandi dan pelaksanaan i-Dance dalam kalangan remaja Islam itu mengikut kehendak syarak, tidak melalaikan, jauh dari perkara haram dan maksiat, tidak bercampur lelaki dan perempuan, menutup aurat serta tidak menyebabkan remaja Islam meninggalkan solat.
Berdasarkan pertimbangan itu maka Kerajaan Negeri harus menghentikan terus program berkenaan seandainya mahu meletakkan kepimpinan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat sangat unik dan prihatin dalam membina jatidiri remaja. Iaitu bukan bersikap sebagaimana Umno-BN yang gemar menganjurkan budaya popular dan hiburan dalam kalangan remaja sehingga mengakibatkan golongan pewaris kempimpinan negara hilang identiti dan jatidiri bangsa Malaysia.
"Sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan Amar Makruf Nahi Mungkar elaklah program sedemikian kerana ia tidak lojik dengan budaya kita yang lebih bersopan, " tegas Yusni yang hadir bersama 60 orang yang memegang sepanduk dengan pelbagai slogan. Sebelum itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang telah mengadakan pertemuan dengan wakil Exco bagi membincangkan tujuan penganjuran itu. Semasa perbincangan itu, pihak penganjur bersedia menerima pandangan PAS agar remaja muslim diasingkan ketika i-Dance yang dianggap lebih kepada senaman kecergasan bukan budaya liar sepertimana yang disangkakan.
Pertemuan itu dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Setiausaha PAS Negeri, Fadzil Kemi, Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri, Jamil Abdul Rahman. Exco Belia dan Sukan Negeri kemudiannya mencadangkan satu tarikh pada minggu depan bagi mencapai titik pertemuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul._

I-dance mesti dibatalkan

Kenyataan Media BADAi
Badai kesal dengan sikap kerajaan negeri p pinang yang cuba mempengaruhi PAS dengan pemikiran liberal mereka bila menyifatkan tarian seperti hip hop dan break dance sebgai aktiviti sihat dan senaman kononnya. Kempen I dance yang besar itu bakal menambah buruk keruntuhan akhlak pra belia dan remaja. Badai telah membuat siasatan dan mendapati I dance mesti di btalkan. Pertandingan yang juga menggalakkan belia dan remaja islam meninggalkan solat maghrib khasnya di lihat Badat sebagai bercanggah dengan syriat islam meskipun kononnya bermotofkan kesihatan. Apa guna gaya hidup sihat jika derhaka kepada Allah. Inilah usaha penganjur I dance agar meliberalkan org islam dan konteks senaman. Say no to I dance.
Hafiz Bin Nordin
Ketua Pengarah BADAi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...